As featured on Hello Doktor :
Terbitan dalam Hello Doktor :

Original article :
Artikle asal :
Kuda telah digunakan dalam terapi bagi membina keyakinan dah peribadi diri dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Malahan, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunggang kuda sebagai salah satu sebab keadaaan kesihatannya baik pada usia 90-an.
Hari ini mungkin sudah ramai yang biasa dengan kuda, malah menunggang kuda serta mengagumi kekuatan dan keanggunan pergerakannya. Tetapi tidak ramai yang mengetahui lebih mengenai kuda selain menunggang dan berlumba.
Pengasas Horses of YOUNG, Dr EJ Khew berkata, terapi kuda bagi kanak-kanak autistik sangat membantu mereka kerana ia mampu melakukanan 60 pergerakan tubuh seseorang dalam masa satu minit.
“Penyelidikan membuktikan bahawa kanak-kanak yang membesar dengan haiwan lebih penyayang, bertanggungjawab dan positif secara sosialnya.
“Sebelum menunggang kuda yang sebenar, kanak-kanak akan diberi pendedahan mengenai pengenalan terhadap haiwan berkenaan yang mana membabitkan beberapa program khusus untuk membantu perkembangan mereka.
“Walaupun, sesetengah mungkin beranggapan terapi berkuda ini satu aktiviti yang mahal, sebenarnya jika difahami dengan sebaiknya terapi berkuda ini sangat bernilai dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya pada Program Horses for YOUNG di IOI City Mall Putrajaya.
Selain autism, terapi kuda juga membantu kanak-kanak mempunyai keadaan kesihatan seperti disleksia, lambat bercakap, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Sindrom Down dan Cerebral Palsy.
Menurut Dr Khew, terapi haiwan ini boleh mambantu meningkatkan kemahiran motor, komunikasi, deria dan sosial seseorang kanak-kanak.
Sementara itu, Pengasas The Hope Factory Malaysia, YM Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj berkata, kanak-kanak istimewa mempunyai cara berbeza menguruskan mereka dan terapi haiwan sangat bagus untuk mereka bertenang, yang mana pendekatan bebeza bagi anak-anak istimewa ini.
“Pnndekatan ini jarang digunakan kerana cara pembelajaran kanak-kanak istimewa berbeza dan ini adalah salah satu cara yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan perkembangan mereka dalam beraktiviti.
“Ibu bapa yang ada anak istimewa boleh cuba rawatan terapi haiwan ini dan perlu mencuba pelbagai kaedah pembelajaran
kerana kanak-kanak perlukan aktiviti luar dan bersukan, bukan sahaja berada di dalam rumah,” katanya.
Retrieved from :
https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/terapi-kuda-tingkatkan-perkembangan-kanak-kanak-autistik/